header EN040719

 

 

PENYERAHAN NASKAH IKHLAS LAPORAN PENYELIDIKAN TAJAAN DANA PENYELIDIKAN NAPREC KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

 

1 Mac 2023, Putrajaya – Sebanyak LIMA (5) buah laporan penyelidikan yang ditaja melalui Geran Penyelidikan National Property Research Coordinator (NAPREC) telah diserahkan kepada pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Dasar Perumahan yang merupakan salah satu pemegang taruh kepada penyelidikan yang dihasilkan. Laporan penyelidikan diserahkan kepada En. Amir Onn Bin Mustapha, Setiausaha Bahagian Perancangan Perumahan, adalah seperti berikut:

i. Property Development Costs: A Cost-Effectiveness Study to Apprehend Unaffordable Housing Crisis. (Sr. Dr. Fara Diva Mustapa) (UTM)

ii. Mekanisme Urusniaga Pajakan Persendirian Bangunan Strata di Malaysia. (Dr. Ainur Zaireen Binti Zainudin) (UTM)

iii. Formulating of Urban Regeneration Policy Framework In Malaysia. (Dr. Sabariah Eni) (UTHM)

iv. The Effectiveness of One Stop Centre (OSC) in Property Development Approval Process in Selangor: A Decade After Its Implementation (2007 – 2017). (TPr. Dr. Marlyana Azyyati Marzukhi)  (UiTM)

v. A Study on the Need for a Comprehensive Guidelines on Design and Planning (Quality and Standard) of Low-cost Housing for Shari’ah Compliance. (Assoc. Prof. Dr. Srazali Aripin) (IIUM)

Dalam pertemuan itu juga turut dibincangkan input berkenaan tajuk serta cadangan penyelidikan dari pihak KPKT yang boleh dijalankan melalui peruntukan dana NAPREC. Selain itu, perbincangan turut mengenalpasti ruang dan peluang yang disediakan oleh pihak KPKT agar hasil penyelidikan NAPREC dapat dikongsi di mana-mana platform atau program anjuran KPKT seperti Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kementerian. Aktiviti ini bertujuan bagi memastikan hebahan hasil penyelidikan yang lebih meluas dan efektif dapat dilaksanakan.

Kembali Ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.