KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT PEMBANGUNAN MODAL INSAN
10 Februari 2022
Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah menerima kunjungan hormat dari Institut Pembangunan Modal Insan Zon Tengah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia. Delegasi kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah Institut Pembangunan Modal Insan, Encik Zamri bin Ismail.
Ketibaan delegasi ini telah disambut oleh Encik Abdul Rahman bin Mohd Nasir, Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran, INSPEN di ruang lobi. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan berkaitan Institut Latihan Awam serta meninjau kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang terdapat di INSPEN.
{gallery}INSPEN/Berita2022/KunjunganHormat{/gallery}