header EN040719

 

 

LAWATAN TAPAK KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (KPPPH) KE PROJEK PEMBINAAN INSPEN

1 November 2023 – YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (KPPPH) telah mengadakan lawatan tapak ke projek pembinaan di INSPEN.

Lawatan ini adalah bagi membolehkan pihak JPPH dan INSPEN memantau kemajuan kerja fizikal penyiapan kerja-kerja pembetungan membabitkan projek pembinaan satu blok tambahan asrama, dewan makan dan bilik kuliah.

Pada sesi ini juga, YBrs. Sr Abdul Razak Yusak telah diberikan penerangan dan taklimat ringkas oleh wakil daripada JKR Sepang berhubung cadangan susun atur ruang pejabat latihan.

Turut hadir pada lawatan ini ialah Puan Saidatul Hizam Abdul Manaf, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPPH, Puan Fadzilah Abd Hamid, Ketua Pusat Pembangunan Profesional INSPEN, wakil-wakil daripada JKR Sepang, Juru Perunding, Wangsa Delima Sdn. Bhd. dan sub kontraktor yang terlibat.

 

Please publish modules in offcanvas position.