header EN040719

 

 

PERHIMPUNAN BULANAN INSPEN BIL 1/2023

25 Januari 2023 - Perhimpunan Bulanan INSPEN Bil. 1/2023 telah dilaksanakan bertempat di Dewan Nusantara, INSPEN. Sr. Abdul Rahman bin Mohd Nasir, Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran INSPEN telah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga kerja INSPEN di pusat dan unit INSPEN di atas pencapaian yang baik pada tahun 2022. Selain itu juga, Sr Abdul Rahman bin Mohd Nasir (KPPK) juga memberikan pesan dan nasihat agar warga kerja INSPEN terus mengejar kecemerlangan bagi tahun 2023.

Majlis turut menyaksikan beberapa kakitangan INSPEN yang telah bertukar keluar dan bersara (wajib) serta yang telah melapor diri ke INSPEN. Selain itu juga, tahniah diucapkan kepada semua pemenang Best Reader of the Month 2022 anjuran Unit Perpustakaan, INSPEN.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.