header EN040719

 

 

PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI PELAJAR INSPEN SESI 2022/2023

Pusat Akademik INSPEN telah menganjurkan Program Pembangunan Jati Diri Pelajar INSPEN bagi pelajar kemasukan baharu Sesi 2022/2023. Program ini telah dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 14 hingga 17 Januari 2023 bertempat di Akademi Kecemerlangan MARA, Sg Jawi, Pulau Pinang.

Program ini disertai oleh 47 orang pelajar dari Program Sijil Penilaian Harta Tanah, Sijil Pengurusan Harta Tanah dan Sijil Agensi Harta Tanah. Objektif program ini adalah untuk membentuk jati diri dan mental yang teguh dalam diri pelajar dalam menghadapi cabaran kehidupan dengan lebih efektif. Di samping membina disiplin diri yang lebih baik bagi membentuk pelajar yang cemerlang dan berketerampilan unggul.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.