header MY040719  

 

GERAN PENYELIDIKAN NAPREC BAGI FASA 3 (RMK12)

 

17 April 2024 - Mesyuarat Pembentangan dan Pemilihan bagi Kertas Cadangan Penyelidikan Fasa 3, RMK ke-12 (tahun 2024-2025) telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Rosni Nawati Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), bersama empat (4) pengerusi bidang lain dan panel-panel pakar bidang.

Daripada 70 permohonan cadangan penyelidikan yang diterima, sebanyak 18 kertas cadangan penyelidikan yang telah disenarai pendek daripada pelbagai tajuk merangkumi lima (5) bidang yang berkaitan dengan industri harta tanah Negara iaitu Real Estate Industry Analysis Studies (REIAS), Real Estate Laws and Policies (RELP), Real Estate Valuation (REV), Real Estate Development Finance (REDF) dan Real Estate Management and Services (REMS) telah berjaya dibentangkan di hadapan panel pakar bagi setiap bidang.

INSPEN berharap Ketua Penyelidik universiti yang berjaya terpilih bagi geran penyelidikan NAPREC Fasa 3 RMK ke-12 (2024-2025) akan datang dapat memenuhi 'Dasar dan Strategi Rancangan Malaysia ke- 12 (RMK12)' selaras dengan penjajaran geran dan insentif melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi yang menjadi keutamaan.

Dalam perkembangan yang sama, rata-rata kesemua peserta sangat komited dan tidak sabar lagi untuk memulakan penyelidikan mereka bagi membantu dalam memberikan input kepada industri harta tanah Negara sekiranya terpilih. Permohonan yang amat menggalakkan pada kali ini telah diterima dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) antaranya UTM, UiTM, UM, UKM, UUM, UniSZA, IUMW, UMS, UMK, IIUM, MMU, UMP, USM, WOU, UMT, UTAR dan beberapa universiti lain.

INSPEN turut berharap kesemua penyelidik dapat menyiapkan penyelidikan mereka mengikut tempoh perancangan yang telah dipersetujui.

 

 

Please publish modules in offcanvas position.