header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

PERTANDINGAN KUIZ RAMADHAN SEMPENA MINGGU MELAWAT PERPUSTAKAAN

25 Mac 2024 - Bersempena bulan Ramadan dan minggu melawat perpustakaan, Unit Perpustakaan INSPEN telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Ramadhan yang telah disertai kira-kira 25 orang warga INSPEN bertempat di Unit Perpustakaan INSPEN.

Selain mengisi bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermanfaat, pertandingan ini juga secara tidak langsung menguji kefahaman warga INSPEN tentang pengertian puasa dan pengetahuan dalam agama khususnya.

Semoga semua warga INSPEN dapat memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan meningkatkan lagi amalan-amalan baik di bulan yang mulia ini.