MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN, MESYUARAT JAWATANKUASA VALIDASI PENYELIDIKAN (JKV) DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELIDIKAN JABATAN (JKP)
15 Januari 2025 - Mesyuarat Pembentangan Kertas Penyelidikan Tahun 2024 dan Pembentangan Cadangan Penyelidikan 2025 telah diadakan pada 13-14 Januari 2025 bertempat di Bilik Persidangan Saujana, INSPEN.
Sebanyak 37 pembentangan telah dibuat iaitu 10 kertas penyelidikan tahun 2024 dan 27 kertas cadangan penyelidikan tahun 2025. Pembentangan dibuat oleh Penyelidik Jabatan dan Research Intern cawangan JPPH di hadapan Pengerusi dan Panel Jawatankuasa Validasi Penyelidikan (JKV) JPPH. Barisan JKV terdiri daripada pengurusan tertinggi serta pegawai-pegawai kanan Jabatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.