header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

SESI TEMUBUAL PENGARAH INSPEN DI BERNAMA TV

18 Mac 2024 - YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad telah bersiaran secara langsung di BERNAMA TV, Kuala Lumpur dalam segmen “Apa Khabar Malaysia” bagi mengupas topik berkaitan Peluang Kerjaya dan Pendidikan Dalam Bidang Harta Tanah.

Pada sesi temubual ini, YBrs. Sr Aina Edayu telah menerangkan serba sedikit mengenai langkah-langkah awal yang boleh diambil sekiranya seseorang itu berminat untuk menceburi bidang harta tanah. Ini termasuk program sijil yang ditawarkan oleh pihak INSPEN serta fasiliti dan kemudahan lain yang akan dinikmati oleh pelajar yang menyambung pengajian peringkat sijil di INSPEN.

Pihak INSPEN berharap, orang ramai terutamanya pelajar lepasan SPM dan golongan profesional yang berminat dengan bidang harta tanah beroleh manfaat dan informasi daripada perkongsian yang dibawa.