header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

SESI TEMUBUAL PENGARAH INSPEN DI BERNAMA RADIO DAN SESI TEMURAMAH OLEH WARTAWAN BERNAMA

21 Mac 2024 - YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN telah menghadiri sesi temubual di BERNAMA Radio, Kuala Lumpur bagi mempromosi serta memberikan penerangan yang jelas kepada orang ramai mengenai peluang kerjaya dan pendidikan dalam bidang harta tanah.

Pada sesi ini juga, beliau turut menerangkan fungsi dan peranan yang diteraju oleh INSPEN dan JPPH dalam aspek penilaian harta tanah terutamanya dari sudut penentuan nilai pasaran, urusniaga jual beli dan pengurusan harta tanah itu sendiri.

Selepas selesai sesi di BERNAMA Radio, YBrs. Sr Aina Edayu telah ditemuramah wartawan BERNAMA mengenai senario semasa harta tanah di Malaysia.

Pihak INSPEN berharap dengan adanya perkongsian seperti ini, lebih ramai lagi lepasan SPM menceburi bidang harta tanah yang dinamik yang mana ia menjadikan profesion yang berdaya saing dan berdaya maju.