header MY040719  

 

About IRERS |Proceedings |Call For Papers: JVPSCall For Papers: Occasional Papers JPPH |IRERS 2024

Call for Papers : Occasional Papers JPPH

 

Adakah anda ingin berkongsi maklumat bersama warga JPPH?

 

Kini, anda dijemput menyumbangkan bahan penulisan untuk Occasional Papers JPPH.

 

Occasional Papers JPPH merupakan penerbitan untuk edaran dalaman Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Ia diterbitkan semenjak tahun 1999 di mana skop penulisan tertumpu kepada bidang teknikal sahaja.

 

Bermula tahun 2011, bahan dan skop penulisan diperluaskan ke Kertas Penyelidik, Kertas Informatif, Laporan analisa, Nota amalan, Garis Panduan, Artikel umum berkaitan ekonomi, perundangan, pengurusan, ICT dan sebagainya.

 

Tarikh akhir penyerahan adalah sebelum 31 Mei setiap tahun.

 

Garis Panduan Dan Format Penyerahan
 
     1. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
     2. Panjang artikel lebih kurang 10 – 15 muka surat
     3. Format Menaip menggunakan Perisian Microsoft Words bertulisan Arial size 11 dengan jarak 1.15 spacing.
     4. Tajuk dan sub tajuk mestilah ringkas dan ‘bold’.
     5. Rujukan disenaraikan di belakang artikel mengikut susunan abjad.
     6. Jadual dan Rajah: Diletakkan di tengah muka surat dan mestilah mempunyai tajuk di bahagian atasnya.
     7. Biodata penulis hendaklah menyatakan nama penuh, alamat pejabat, nombor telefon dan bidang tugas.
     8. Hak Cipta: Jika bahan penulisan pernah diterbitkan atau dibentangkan, pengarang perlulah memaklumkan  kepada pihak editor.
 

Bahan penulisan dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

 

Editor, Occasional Papers JPPH
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon : +603-89118800