UCAPAN TAHNIAH KEPADA WARGA INSPEN DI ATAS PENERIMAAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2024 DAN MAJLIS PERSARAAN
14 Mei 2025 - Seluruh warga kerja INSPEN ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga INSPEN yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024.
Sebagaimana amanat YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN ketika perhimpunan bulanan baru-baru ini, semoga semua penerima APC dapat menunjukkan contoh yang baik agar dapat dijadikan teladan dan motivasi kepada warga INSPEN yang lain.
Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.