header EN040719

 

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN INSPEN

 

1 April 2024 - Majlis Khatam Al-Quran anjuran Persatuan Kakitangan Islam Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (PEKIP) INSPEN telah berlangsung dengan jayanya di Surau Balai Islam Nur Iman, INSPEN.

Pada majlis ini, kira-kira 40 orang warga INSPEN telah bersama-sama membacakan ayat-ayat suci Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hariz Jamil dan Encik Mohd Noor Adzim Shaari. Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN.

Selain menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, penganjuran majlis ini juga secara tidak langsung mendidik dan mendekatkan kakitangan INSPEN dengan Al-Quran, yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian.

 

Please publish modules in offcanvas position.